Wednesday, 23 October 2013

JIWA


 ku kutip daun-daun kering yang tidak pernah dihirau selama ini
ku kumpul dan ku susun di atas papan yang telah reput
penuh hati-hati..
penuh teliti..

ku warnakan dengan warna-warna berkaitan rindu dan kasih
biru.. merah.. dan ku terhenti setakat itu
bertanya pada diri..
apakah lagi warna yang mereka sering kaitkan dengan cinta

dan aku mula letih untuk mecari jawapan
maka ku ramas daun-daun kering hingga hancur
biar selamanya tidak bermakna
tinggallah papan reput tanpa kesudahan
ku pijak biar tidak ku kutip lagi..

belum selangkah
ku kutip pula paku-paku karat yang bertaburan
ingin ku susun menjadi arca berbentuk sarang labah-labah
dan arca gelas kaca yang besar sumbingnya

biar seperti tugu
biar berdarah..
kerana itu sajalah yang mampu ku fahami seninya