kembali kita berlagu
pabila gula menjadi jadam
pabila topeng melemaskan
tak betah lagi berdiam menyaksi drama semakin karut
adakah gagal jika tidak menjalani kehidupan yang normal
adakah gagal jika tidak menjadi insan yang dianggap kamil
terjebak juga dalam barisan nama yang jelek berdasar buku guaman mereka
tapi sebenarnya mereka terlepas pandang pada nafas yang lebih hidup
malah apa sebenarnya makna gagal jika hanya menjadi berbeza
jika tidak mahu hanya menjadi arca sempurna
merdeka jiwa
teguh dalam gelora
hak..
No comments:
Post a Comment