TULISAN YANG JUJUR DAN MUDAH.. YANG KEBANYAKAN KITA MERASAINYA..
MEMENDAMNYA.. DAN AKHIRNYA MEMBIARKANNYA SAHAJA.. KERANA DI KEBANYAKAN WAKTU..IA AKAN BERLALU BERSAMA WAKTU..
Teman
aku tahu sukar bagi mu menerima cabaran segetir ini
ia datang tanpa diduga merampas segala yang kau sayang
menyentap segala bahagia
baru sebentar terdengar gelak dan tawa syurga dunia
bagai racun yang begitu cepat menjalar membunuh
bagai ombak Laut Jawa di bulan Desember yang ganas meroboh
dan dalam sesaat ..nafas bagai tak berasa..
akal tak bisa rasional
kerana yang menghempas adalah orang yang paling kau sayang dan percaya
sesaat itu juga..
dunia mu..
tiba-tiba sepi bagai Hiroshima dan Nagasaki pada tanggal 6 Ogos 1945
namun di satu sudut hati..
kemarau yang berpanjangan dalam peradaban mu
bagai memudahkan lagi bagi api dimarakkan
bertambah kering hati mu bagai lembah tanpa salju
kerana maruah.. bukan barang jualan ..dan tiada galang ganti
sabar lah Teman..
kami masih di sini memegang tangan mu..
bak kata pujangga ..sahabat bagai kepompong ..
Kerdipan rohani
membawa renungan yang jauh dan bukan kosong
hijrah?
atau bertahan?
seharusnya di usia yang semakin remang
topik ini bukan lagi satu perbincangan meja tak formal
haruskah lebih sensitif dan peka pada kemudaratan yang menjalar
lalu lari mencari bintang dan udara segar di puncak gunung di daerah asing
kita terjah kekhuatiran yang mencengkam untuk memulakan sesuatu yang baru
kita harus yakin
atau..
pasak tumit sekuat mahaguru
menangkis terjahan senjata musuh di setiap fasa..tanpa henti..tanpa simpati..
semakin hari semakin parah
dan menjadi khadam bertauliah tinggi
namun..
kali ini segala keputusan adalah jalan mati
harus betul..harus pasti..
jika salah bererti mati kering sampai pupus!
teman..
mari kita bersidang di tempat lain
markas bawah tanah kita telah dijejaki gergasi Bota
Di kala ini..manusia semua mempertawakan ku
aku tahu itu..
Di kala ini..mereka menutup ke semua pintu
aku perasan itu..
Di kala ini mereka tahu aku mengangkat batu nisan ku sendiri
dan aku akur tunduk menjinjing batu kematian ku
namun tak berani untuk ku membalas renungan kebencian mereka pada ku..
duduk di atas kuburan sepi..
memandang keliling aku sendiri
terbayang indahnya bahagia yang seketika
mengalir airmata ku membahasi tanah ..
maka tumbuhlah benih pohon sejarah yang berdarah..
di ufuk sana..segalanya kian tenggelam
kenangan indahnya pelangi dan air di kali bersama udara seharum kasturi
dikeji..diludah..dan mayat ku dilangkah..
maka ku genggam kain putih yang janji kita dulu untuk diwarnakan
ku lipat ..ku genggam..ku cium..
wangi kenanga pada kain ini sudah bertukar kepada bau kapur barus..
ku heret perlahan kaki yang tak mahu pergi
ku jahit bibir yang tak mahu berhenti merayu di hati
ku butakan mata yang tak mahu beralih dari merenung kasih
aku tahu mereka tak tahu
yang aku telah tiada dan telah pergi buat selamanya..
ku genggam semua..bersemadi bersama jasad yang masih bernyawa
namun mati dalam realiti
Kebebasan itu rupanya di jiwa
walau diri terkurung sepi
kebahagiaan itu rupanya bagaimana kita ambil sesuatu yang amat negatif kepada sesuatu yang terbaik
walau tak pernah menyetujui
Keriangan itu rupanya bagaimana kita bisa tersenyum walau hati sudah hampir mati
kejayaan sebenarnya bisa digapai
walau diri harus melangkah dengan payah..
ketenangan sebenarnya bisa dimiliki
walau diri tak punya apa
tapi itu kata pujangga..
dan kata mereka yang punya masa untuk berseloka
yang berkata kita semua bersaudara..
benarkah?
bagi ku..
Malam ini hujan turun lagi..
bersyukur atas rahmat Tuhan..
makin ramai lah penghuni-penghuni di setiap rumah menarik selimut
atau mungkin menonton telivisyen bersama hidangan teh atau kopi pekat panas
atau terduduk dan terbaring kekeyangan selepas makan malam..
sambil berbicara gembira..tentang mesra dunia..
tiba-tiba guruh di langit mengejutkan lamunan yang jauh
hakikatnya hidup ku bukan begitu
aku harus bergegas mencari periuk belanga kemek
dan jika tidak cukup, baldi dan gayung akan dijadikan mangsa
bagi menadah air hujan yang lolos melalui atap-atap rumah ku yang kian banyak bocornya
aku pura-pura tidak nampak isteri ku yang setia
cuba memujuk anak-anak yang sukar tidur kerana kelaparan
bubur yang dimasak bersama garam tak bisa menjinakkan perut mereka
sambil cuba menyelamatkan api pelita supaya tidak padam ditiup angin bersama hujan
lusuh baju isteri ku..pasti sudah menjadi kain lap kaki di rumah orang lain
dalam termangu..dan sebak berat hati seorang bernama ayah dan suami
aku menadah tangan mengharap ada rezeki esok yang bisa ku kaiskan
walau buntu melihat ombak yang semakin mengganas untuk diredah
dan tidak akan ada orang yang ingin mengupah membersih kebun selepas hujan
atau haruskah aku tanam maruah demi meminjam atau berhutang sekati beras lagi
bagaimana janji ku pada isteri dan anak-anak untuk beri hidup yang sempurna
sedangkan aku sudah cukup usaha memerah segala kederat lelaki ku
akan berpeluangkah aku bergurindam untuk anak isteri ku dan memberi mereka nasaf baru..
atau hidup kami..sampai mati begini..
..(Terima kasih buat semua yang bergelar Ayah..)..kesah ini secebis cuma....
Ayah..
tahu kah akan dikau setiap hari
apabila bangun dari tidur ku
aku bersyukur kau masih ada
kerana saban waktu hati ku risau membilang tarikh lahir mu..
aku bersyukur kepada Tuhan
kerana dikau adalah salah satu pemberian teragung dari Nya
dan aku berterima kasih kepada mu ayah
kerana sehingga ke saat ini kau masih memegang tangan ku
Ayah..
tidak pernah sekali dikau meninggikan suara kepada ku
mungkin kerana aku anak perempuan
lucunya..aku jua yang kau bawa mengail ikan, berkebun, memburu haiwan dan
aku juga lah yang kau tidak pernah tinggalkan sebagai teman kecil mu ke sana ke mari
dan tidak akan pernah akan aku lupakan
setiap perjuangan hidup ku.. kau pasti ada di situ
secara terang-terangan atau di sebalik sedar ku..
seperti dikau akan lakukan apa sahaja untuk ku..aku jua begitu
dan hati ini menangis bimbang lagi di setiap ziarah ku mencari mu ayah..
makin dapat ku lihat..bertambah lagi garis-garis usia di wajah mu..
aku pilu..
aku bisa sahaja menjerit jika tak kerana waras ku
untuk menyatakan..semua yang ku miliki kini..
semua kejayaan..semua yang baik..adalah atas kesabaran dan ketegasan mu membesarkan ku
dan sesungguhnya Ayah..
tiada apa yang lebih berharga..
di setiap pertemuan kita..
iaitu..
pelukan kasih mu...
Anak-anakku..
apa yang ingin ku kongsi bersama mu
adalah hanya sebesar zarah tentang kehidupan
yang mungkin akan kau lalui
atau mungkin juga lebih baik dari itu
namun ku harap bukan lebih rendah dari ringkasan yang terpapar di sini
apa yang kau lihat..
pandang ia dengan segala kebaikan
dan jika hitam..berikan ia lirikan insyirah..
memandang dengan mata hati..pelajari dan hayati..
hikmah Tuhan itu luas pada yang ingin mempelajari
maka kesilapan yang maha besar sekali pun akan
menjadi begitu penting untuk mengecapi sebuah kejayaan yang bernilai
apa yang kau dengar
jangan terus kau percaya..jadilah pendengar yang efektif
kita hanya manusia biasa..kita mungkin khilaf..
kekeliruan akan mewujudkan perselisihan makin teruk jika ia membiakkan fitnah
khilaf yang harus..maka teruskan bagi sebuah kebenaran
dalam hidup ini segalanya perlu ada garis
bukan berapa panjangnya garis kehidupan
tepi hidup yang dijaga agar tidak terkeluar dari garis-garis norma yang dibenarkan
Anak-anakku..masih terlalu banyak yang ingin ku ceritakan
tak mungkin sempat untuk ku tulis semuanya
maka mari bersamaku berjalan bersama
kerana pelajaran terbaik..
masih yang kita lalui bersama..
Berdiri disini..
kenapa tiada rasa keterasingannya
walau bahasa tidak ku fahami
walau budaya tidak serupa
walau rupa jauh berbeza
walau masa melangkaui waktu di tanahairku
malah udara yang ku hidu begitu asing
begitu damai..tenang dan sebati seperti darah dalam tubuhku
adakah kerana bulan dan surianya masih yg satu
atau kerana malamnya bintang masih bewarna kuning dan biru
ku pejam mata untuk menduga adakah zahir membuat aku rasa begitu hairan....tanpa mata..
hati dan jiwaku masih rasa nyaman..bebas dan padu
pasti ada sesuatu ...
yang membuatkan aku tidak mahu pulang..
ku akan cuba menemuinya
walau ia bermakna..
"pencarian yang di mana harus ia bermula?"..
satu yang pasti ...tidak mahu ku akhiri..
atau sebenarnya adakah aku tidak mahu mengakui..
bahawa di sini Sita Dewi telah bertemu Sang Arjunanya
Sekarang sudah tidak ada perkataan setinggan
telah digantikan dengan rumah-rumah pangsa seperti kotak-kotak besar
yang tak punya ruang untuk sebuah kehidupan yang normal
pelbagai definasi
diskriminasi hidup
atau cerita yang dimanipulasi
hanya mereka yang bernafas di situ mengetahui kewujudan kontradiksi segala khabar
Dalam kederasan kemajuan
bukan semua tangan bisa menggapai
masih ramai yang nadinya penuh fikiran, kecemasan, perasaan kekhuatiran
dan senyuman atas ehsan dan ego terpaksa dilipat dan diperosok di dalam gerobok
masih ramai sebutir nasi harganya begitu bermakna
masih ramai di kotak fikiran hanya bagaimana untuk melapik perut
kerana keperluan asas yang tiada kompromi
Mempolitikkan Agama
Mempolitikkan Bangsa
Mempolitikkan Rasuah
Mempolitikkan Undang-undang
Mempoltikkan Kebebasan
Dunia ini segalanya bisa dipolitikkan
untuk bilangan yang sedikit...bagi memperluaskan kekayaan dan kuasa yang sedia melimpah
untuk bilangan sebahagian besar..menambah kesempitan yang sudah sedia sukar
yang sederhana..
membilang hari di kalendar
masuknya sekali..
yang perlu dibayar bercabang-cabang
itulah hidup selamanya..melayan tuntutan..
subsidi tidak layak..mewah pun tidak
maka berdiri keringlah sehingga datang lagi rezeki di hujung kalendar
nasib baik kita semua punya Agama
jika tidak..penuhlah koran-koran dengan tajuk - Untuk Hidup...
Aku ingin tidur dengan fikiran yang kosong
melupakan segala harapan dan menerima semua kenyataan
aku ingin bernafas dengan jiwa yang kosong
dengan hati yang sudah hilang ditelan sejarah semalam dan silam
aku ingin keinginan ku juga kosong supaya mimpi yang semakin sepi tidak ku tangisi
aku ingin berjalan dengan tangan yang kosong
walau ia bermakna aku tidak dapat lagi memberi
ruang-ruang udara juga ku rasa semakin kosong
sudah benar-benar kosong..
kerana tiada satu pun molekul-molekul bisa ku kira untuk melepasi waktu tanpa airmata
segala janji ..segala pesan..segala perhatian bertahun-tahun sejak dari aku belum dewasa
sebenarnya lakonan mu yang kosong..
Hairan semua melihat kau seperti sesuatu yang abadi sehingga kini walau sebenarnya kau sudah lama jauh pergi..mewujudkan ruang yang begitu besar..ruang yang lain tidak selain kosong
Selain dari Tuhan..
aku tahu kesudahannya ..tetap sama...iaitu..kosong..
Sejak dari mula
hanya bisa bercita-cita mempunyai daerah sendiri
seperti sebuah kota di gunung tinggi
yang punya istana
berkubukan batu granit
dan aku sebagai permaisuri
Jangan kalian risau
aku sudah hilang bisa
tidak asri lagi
tiada taring mahupun kuku yang tajam
aku kini hanya gagak dan bukannya merak
seperti Lantana Camara yang tiada siapa sudi menghidu
pada wanita yang meragui
jangan mencebik
jangan meludah
jangan memandang jelek
jangan dipasang jerangkap
aku tidak akan masuk ke taman larangan kalian
mentari..kartika..malah candra menjadi saksi
dan guntur berbunyi mengesahkan
damai saja kalian bersama segarnya pawana
kerana aku masih melestarikan maruah diri
pada lelaki yang memandang sinis
jangan berbicara untuk menguji
jangan memandang untuk meletak harga
jangan dijadikan bahan cerita yang memualkan
jangan memandai meletak berapa harga di pasaran
walau arlogi tak pernah berpatah
aku akur hidup ini begini
Jauh sungguh perjalanan ini ku rasa kerana tiada bicara ku benam segala suara dalam hati semua rasa disimpan di dada hati meronta agar cepat sampai ke destinasi agar tak perlu rapat begini agar tak perlu menahan diri betapa terasingnya dua manusia yang pernah saling mempercayai mitologi dan sejarah hilang tak membawa kesan dan maka sekali lagi setiap chakra diri ini berputar di paces berbeza
Rimasnya berada di sini bila dua jiwa tak lagi bisa melihat wajah satu sama lain dengan kasih dan sayang atau duduk bersama menyulam kenangan dan waktu lalu kehadiran bukan lagi satu yang dinantikan dan kewujudan di sisi tak mampu lagi di rasa dari dalam meronta..menangis..menjerit..malah Perang Baratayuda sekalipun tiada siapa yang akan faham malah membenci setiap yang mereka lihat sedangkan aku sendiri jika bisa..pasti ingin hidup seperti lukisan
aku tahu kau ingin tahu siapa aku yang sebenarnya
atau
kau sudah tahu cuma ingin lebih tahu
atau
kau hanya bisa mengagak...cuma inginkan kepastian
tapi sebenarnya untuk apa..
aku seperti mereka hanya manusia biasa
yang tak punya apa..yang singgah di beberapa perhentian
menghulur salam..menyambut perkenalan..menyambung talian...menguatkan ukhuah
bukan untuk mencabar sesiapa
bukan untuk kepentingan peribadi
jauh sekali untuk menonjolkan diri
aku juga seperti dapat membaca fikiran mu..
kau ingin tahu apa status ku?
mudah..aku milik Tuhan..
dan aku juga tak memiliki siapa kerana semuanya pinjaman
bukan aku tidak mahu berterus-terang
tapi ceritanya terlalu panjang
pasti akan ada yang memesongkan..
oleh itu..
anggap saja yang kau fikirkan itu betul..walau kau mungkin hanya nampak warna hitam
aku akan masih tersenyum
kerana bagi ku
hidup dan mati ku
hanya untuk dan kerana Tuhan
malah jika kau lempar lumpur pada ku
jika kau tonyoh air lonkang ke wajah peribadi ku
ia tidak akan memberi atau meninggalkan kesan
kerana jauh sudah aku berjalan ke puncak gunung meraih kejayaan
malah tidak kurang juga sering berhenti..merempat bagai gelandangan
aku sudah terlalu lelah untuk mengambil pusing pada cercaan atau pujian dunia
dan jika kau masih bertanya
harus saja aku perkenalkan diri
tapi bukan di sini..
nanti selepas aku mati
pasti kau ketahui juga siapa diri ini
berkeriut apabila ditarik pemegangnya
rupanya bisa juga habuk memasuki menutupi yang ku cari
ku bersihkan ia dengan tangan tua ku ini
ku dakap..ku kucup..ahhh..kalian..
kesayangan ku..
cinta dunia ku
buah hati ku
lantas ku buka..satu persatu helaiannya
senyuman dari bibir yang sudah tidak monggel mula terukir
ahhh comelnya kalian..iras ayah mu..iras diri ku
maka menarilah segala kenangan terindah
dari kalian diciptakan Tuhan di dalam rahim ku
sehingga saat kalian dewasa dan sering pulang ke rumah usang ini
dengan manja kalian bercerita seperti tiada noktah
tentang segala kelangsungan hidup
terhenti di lembaran terakhir album
dari ceria bertukar bangga
anak-anak ku semakin dewasa dan pada reaksi wajah mereka
ada warna-warna ceria
dan seribu kisah
tiba-tiba air mata ku bergenang
lalu mengalir membasahi pipi ku yang sudah kendur
berkerut dahi ku yang sudah seadanya berkedut lisu
kini di mana kamu semua anak-anak ku
tidak kah lagi ada rasa rindu pada masakan ibu..
tidak kah lagi perlu hangat pelukan dan ciuman ibu?
tidak kah lagi mahu pujukan dan dodoi ibu?
ibu rindu Nak..
ibu sepi..
ibu kecil hati anak-anak sudah tidak perlukan ibu..
bukan kerana kalian sibuk..
tetapi mungkin ibu tak punya kepentingan lagi..
namun ibu tau..
segala rasa pilu ini..hanya akan dibawa angin yang tidak akan sampai kepada kalian..
segala rasa ini hanya seperti gambar-gambar di album..
terpinggir di dalam almari..
..mungkin nanti kalian akan ingat segalanya..bila ibu tiada lagi..
abang..
genap sudah setahun kau pergi meninggalkan ku
kuburan mu sudah ku tanam pohon kemboja berbunga putih
ku taburi batu-batu sungai yang juga berwarna putih
abang suka putih kan?
apa khabar agaknya abang di alam sana
yang pasti diri ini tak lekang memohon Tuhan untuk menyayangi abang
segala doa untuk mu agar tenang kau di sana
tapi abang..wajah mu tetap di mana-mana
airmata masih saja akan tak bisa dibendung
mana abang..
adik rindu..
maka malam ini..ku buka album yang gambarnya sudah kekuningan
ku dakap ke dada dengan rindu yang sarat
ku tatap wajah yang pernah berkata..
abang akan jaga adik dengan nyawa abang
tapi abang..sekarang adik punya masalah.. siapa nak jaga adik
siapa nak nasihatkan adik
siapa nak pujuk adik
siapa yang nak mengelapkan airmata adik
siapa yang akan pegang tangan adik
siapa yang nak kata..adik..abang ada..
abang tak tau ke adik cari abang
abang tak tau ke adik bungkam merintih nak menangis di bahu abang
abang tak tau ke adik masih simpan nombor telefon abang..tunggu panggilan abang
memang yang hidup akan pergi
bukan tak menerima takdir.. tapi abang dah janji..
abang akan jaga adik kan?
abang dengar tak?
abang tau tak?
Telah aku putuskan
perjalanan bersama setakat itu
maka..
tali layang-layang ini ku putuskan
kerana aku sudah lelah menurut haluan mu
kekadang deras mengasyikkan
tetapi angin mati lebih kerap ku hadapi
dan terpaksa aku menanti dan berusaha semula
...persoalannya... sampai bila aku harus bemain tali
biarkan kali ini aku keseorangan
meneruskan hidup tanpa bicara
kerana.. aku lebih senang bermain dengan pasir laut ini sendiri
ia jujur membisikkan pada ku
bahawa apa pun yg ku karang dan ku bina di atas dadanya
ia kan terpadam,,musnah, roboh dan tidak berkesan..
maka aku tidak perlu mengagak jauh sekali untuk berharap
dan sekurang-kurangnya aku ditemani muzik desir pantai dan deruan ombak
camar putih yang simbolik tentang cinta
dan senjanya warna jingga
sudi menemani selagi aku di persisirannya
benar ku akui banyak peristiwa yang tak mampu ku padam
sesekali ia singgah di fikiran..aku jadi resah
bagai ombak yang mengganas
bagai layang-layang yang putus tali
tika itu aku hanya mampu berharap..
..segala perasaan itu akan terperosok jauh..sangat jauh di dasar hati
kerana semua rasa itu tidak bermakna lagi
ia hanya sisa kenangan dari ketidakpuasan diri
aku tak mahu memulakan lagi
cukup sudah kesempatan yang pernah ku beri
kau bukan musuh
tapi kau tetap ku letak sebagai orang asing
aku rindu hari yang lalu penuh jiwa.. bukan tiada duka cuma keringkasan segalanya menyeka air mata
aku rindu kau yang dulu menerima aku seadanya tersenyum bila ku ketawa menggenggam jari ku bila ku kecewa
kemanjaan bertahta kasih sayang bermaharaja lela kita tulis setiap rangkap bicara kita lukis setiap peristiwa
tapi kini.. watak bertukar.. skrip berubah.. pentas untuk bergurindam dibakar kita berpandangan di atas lapangan sasar ku biar rambut jatuh menutupi wajah yang tak berdarah agar tidak nampak riaksi muka..
bezanya kali ini ..... hati tak bisa berkata apa..
jerit! jerit! jerit!
pastikan hingga sakit fikiran mu
sampai jiwa berkecamuk
kewarasan di hujung simpang
bicara mula tak bertamadun..
saraf tegang
mata berpinar
mula lah sukarnya bernafas..
darah panas menyembur ke langit
sudah!!!!!...
jangan dilayan
mari bersimpuh di hujung anjung mengadap Singapura yang dulunya pernah menjadi milik kita
tutup rapat mata mu
rasakan angin Kinabalu
baukan padi Bario
basahkan ubun dengan embun Banjaran Titiwangsa
ubati dengan kemasinan Laut Cina Selatan
dan lulurkan kulit mu dengan lumpur Selat Melaka
untuk apa hai diri mengharap mereka mencipta istana di negara baru mu
mereka telah bersumpah pada permaisuri mereka
dan juga kepada putera dan puteri mereka
dan jika sekalipun kau gering
tidak ada tembok yang mahu mereka robohkan
untuk sampai kepada mu membawa hati rusa putih
maka diri yang ku sayangi
di jalan yang berliku ini
kita teruskan doa-doa suci mu
setia pada janji walau sudah dihiris pilu
azam harus diteruskan
permohonan harus dipanjangkan
jangan sekali-kali keluar dari simpang
ingat janji pada Tuhan..
pegang janji pada Arjuna
perlukah seorang cendikiawan berkata-kata
baru ada manusia ingin memasang telinga
perlukah menunggu seorang ilmuan menulis
baru ada yang ingin membuka mata..
mana gesa..mana rasa..mana akal..
yang berdiam ada kah bisu atau seperti ubi yang berisi
yang berkata ada kah tin-tin kosong atau Hang Tuah Moden
yang mana satu pun kita..jangan menyumpah bangsa sendiri
jangan meludah ke muka saudara sendiri
jangan memijak muka yang sedarah
jangan kita bunuh serumpun kita sendiri
ini lah jajahan moden yang semakin parah
cuma kali ini nanahnya semakin parah kerana kita kebanyakannya hanya tinggal nama
mana jiwa
mana tanah.
mana maruah
kita sudah terlalu bergantung kepada mereka
dan laungan ini sebenarnya untuk aphinaa
tapi ya benar..
aku bangga kita berani
kita telah buktikan jangan cuba menghina
pantang diri dicabar
cuma...aku masih merasa..
kita perlu ubah dari sudut lain dahulu..
akhirat..dunia..
jika dua ini lemah..
semua itu tak kan bermakna..
kerana akhirnya..kita masih makan gaji dengan mereka
duduk di atas tanah mereka
kita terlalu hampir menjadi seperti Singapura..
terima kasih buat bangsa ku yang tak henti memperjuangkankan hak kita walau apa parti kalian
kerana motifnya tetap sama..
untuk agama dan bangsa
dan pada kita yang bukan mereka
kita masih bisa berbakti dari sudut berbeza!!
kalian bisa marah dengan tulisan aku
tapi ini cara perjuangan ku
jangan ditanya menyebelahi siapa
jawapan ku tetap sama
seperti kalian ..
untuk kita!
berdiri di tengah-tengah manusia yang tidak berhenti-henti berbicara
mengapa aku rasa tiada kepikukkannya
masih sunyi..
masih kosong..
masih mencari manusia..
masih mencari suara
duduk di atas puncak gunung ini yang hijau nyaman indah
mengapa aku seperti berperang
masih rimas..
masih hingar bingar..
masih berulang saling berganti rasa takut tembakan demi tembakan menusuk fikiran dan hati
namun samada di hiruk pikuk bingitnya sekeliling
atau di puncak kedamaian
aku tidak akan berlari lagi..
kerana..
rupanya indah bila kita melalui dan menikmati setiap saat
bersama insan yang menyayangi
bersama insan yang menghargai bersama insan yang menerima kita seadanya
bersama insan yang ku panggil anugerah-anugerah Allah..
setiap nafas ini makin bererti..
.."for the rest of my life"..
masa berlalu semakin pantas
kadang-kadang terlalu perlahan
penuh emosi
walau kebanyakan waktu seperti tiada berperasaan
dunia ini sudah terlalu tua untuk ditipu
alam tahu aku pelakon komedi yang hebat
ada kala seperti srikandi dalam pertarungan
watak sampingan perempuan jahat nusantara juga ada sekali-sekala
paling banyak tentunya babak bahagia menyelindungi air mata
tipu jika tiada rahsia
tapi sebenarnya ia lebih pada episod bersifat kesyukuran
dan jika diberi pilihan
aku ingin skrip tanpa suara
seperti menjerit dalam diam
atau berkata-kata melalui vakum
Puisi Lydia: BOLEH ATAU TIDAK?: tanpa guruh..tanpa petir.. tiba-tiba nak mengubah cara penyampaian..boleh? sayang sekali tidak ada siapa yang menjawab.. maka diri sendi...
tanpa guruh..tanpa petir..
tiba-tiba nak mengubah cara penyampaian..boleh?
sayang sekali tidak ada siapa yang menjawab..
maka diri sendiri membolehkan..
bahasa mudah..yang semua orang boleh faham..boleh?
boleh lagi kah dipanggil puisi?
kenapa nak ubah?
ooo..jawapannya mudah..
puisi di sini semuanya menyedihkan..
padahal hidup tidak lah sesedih mana pun..
atau memang betul luaran sahaja yang tidak sedih..
tapi hati macam itu lah bunyinya..sedih..sedih..sedih...dan sedih lagi..
tak seronok kan?
kita kena semangat!!!
semangat di zahir..dan semangat di batil
semangat untuk kerja dunia
semangat juga untuk persiapan di akhirat
semangat mengaplikasikan 'HIJRAH'! yang begitu luas penggunaannya..
dipendekkan cerita..semangat untuk semua lah..
jadi..mulai hari ini..
bahasa di sini begini..
semoga masih sudi mengikuti..
tapi...
maaf jika sekali sekala
hati tidak dapat ditahan untuk berkata-kata..
maka sekali lagi di sini akan menjadi seperti pujangga yang hatinya berleluasa..
Sekeras-keras hati ku ini..
Akan luluh setiap kali ku menatap wajah itu
Sedegil-degil sifat ku ini..
Akan menjadi akur pada setiap kata-katanya
Saat-saat yang dilalui penuh dengan wajahnya di mata hati dan juga mata kasar
Aku bahagia..
Sudah lama perasan seperti ini hilang di telan keganasan kehidupan
Dan kini aku bangkit dari kematian yang tidak dikebumikan
Darah yang membeku mula mengalir ke jantung
Pandangan yang kosong mula celik pada hala tuju kasih yang punya cita
Segalanya kerana dia tanpa jemu menyiram air melur dan kenanga di ubun-ubun ini
Ya benar..aku telah berjumpa bahagia di waktu senja hidup ini..
Walau hatinya sering terluka..
dalam menyembuh luka ku
Walau egonya sering tercabar..
dalam membimbingku
Walau sering bergetap..
menunggu perubahan ku yang sudah tidak lagi percaya pada janji bulan dan bintang
Walau hilang norma-norma lazimnya..
hanya untuk memastikan aku tahu dia ada
Sejujurnya dia membahagiakan..apa jua suara asing ingin menafsirkan..aku hanya endah dia..
Di taman ini penuh bunga matahari dan mawar bewarna warni
Seceria kuningnya..semerbak wanginya
Ku tarik nafas dalam-dalam
Membiar mata meliar
Tersenyum melihat gengaman tangan-tangan..
yang dilamun cinta selamanya
Mata-mata yang melirik manja, yang memandang mesra..
penuh kasih sesama mereka
Suami isteri yang dianugerah cinta dunia..
yang membawa ke alam seterusnya
Teman-teman yang bertukar cerita akan bahagia dan keberuntungan..
memiliki keluarga yang segalanya
Darah panas melihat semua itu menjalar di setiap salur
Menghasilkan getar di jiwa
Fikiran mula diterjah keganasan
Bagai perahu di bawa arus deras
Mula hanyut terumbang ambing tanpa bisa dikawal kegilaannya
Cepat-cepat ku kesat airmata di pipi
Memaksa diri memandang mereka
Memaksa diri untuk tersenyum kembali
Pantas ku reka sebuah cerita dongeng untuk diri
Membayangkan di sekeliling ku wujud segalanya seperti yang mereka miliki
Mula meraup wajah untuk menukar ekspresi diri kepada watak yang ceria
Dan ku tanam syukur di hati
Juga mengakui dunia ini memang sesungguhnya indah pada yang mahu menerokai
Setiap saat penuh kurnia Ilahi
Peluang ada di mana-mana jika sabar dan terus mencari
Itu saja sebenarnya yang perlu diyakini
Bukan alunan sayu setiap waktu
Bukan bunyi pilu sepanjang bergurindam
Bukan kata-kata berdarah..parah..pasrah..resah..di setiap puisi
...buat sementara..aku harus percaya..
..bahagia itu ada..
Wahai dunia
mari dengar aku berbicara
dari suara kecil
dari hati yang bersih
tanpa agenda tersendiri
akulah kanak-kanak dunia itu
bukan keterlaluan yang ku pinta
hanya wanginya udara
hanya bersihnya sungai
hanya birunya laut dan langit
demi kami! demi fauna! demi flora!
wahai seluruh penduduk alam
sayangilah kami
kasihanilah kami
fikirkanlah kami kanak-kanak sedunia
dan berikanlah kami janji
...bahawa esok masih ada..
Aku adalah insan kecil yang semakin kerdil
setelah sekian lama memerah tenaga sehingga tua
masih tak punyai apa untuk ku wasiatkan kepada keturunan
selain keperluan asas yang nilainya malu untuk ku wartakan
Aku adalah hamba yang sudah jauh mengembara melepasi usia
masih tak punya bekal jika ditarik nyawa
masih bisa tertawa atas kejahilan
dan bisu pada kemungkaran
Aku adalah bangsa yang semakin hilang daulatnya
yang semakin tipis haknya
yang semakin hilang kekebalannya
yang semakin pupus kuasanya
yang juga semakin alpa dan lupa
yang pura-pura tidak sedar bahawa asal usul sudah diludahi
yang membiarkan minda dan diri bangsa terus menjadi hamba penjajah zaman ini..
sehingga miskin di dunia dan tiada bekalan untuk akhirat
bangun! buka mata! pasang telinga!
Hijrah segera!
kita muafakat! kita cari berkat!
hentikan menikam meracun menghina memfitnah saudara seagama dan sebangsa!
walau kita mungkin sudah terlambat..
kerana sejarah kita sudah digubah
pembelajaran subjek Sejarah bukan lagi wajib
agama pula mereka cabar ..
ada apa lagi?!!
maka aku ingatkan juga pada diri sendiri
buat sekian kalinya..ku tampari wajah ini dan berkata ..
jika hak yang tinggal sekelumit ini juga aku gadaikan..
jika waktu yang pendek ini juga tidak ku kejar membuat amalan..
sesungguhnya aku dalam kerugian yang nyata..
usah kau soal siapa aku untuk berkata-kata
jangan kau tanya di tahap mana pendidikan ku untuk mempersolkan
status ku juga bukan untuk kau selidiki hanya kerana aku bebas mengutarakan
selagi aku merasakan ini tanah bangsa
jari jemari ini akan meneruskan penulisannya..
ideologi yang berbeza..ketepikan!!
pejuang-pejuang kita orang yang sama!
maka atas alasan apa sebenarnya kalian bertelagah?
menindas
mengeji
menfitnah
yang tua mengguna kuasa
yang muda mengguna tenaga
yang kecil mencontohi
panggilan apa harus ku berikan pada kalian semua
apabila semua itu menjadi pemangkin pemisahan pada penyatuan?!
waktu ini bangsa lain terus bertepuk tangan
mengambil kesempatan pada jalan yang kalian sendiri halakan
sedang kalian sibuk membunuh maruah bangsa kita sendiri
orang lain sudah jauh ke hadapan
mereka tak perlu membeli
tetapi kalian sendiri menyerahkan dengan percuma harga yang ada
maruah
pusaka
semua sudah tiada!!
dan jika masih sekelumit yang ada pada bangsa kita
ia kebayakannya hanya dimiliki oleh hati yang telah dijajah..
kita semua sebenarnya sudah menjadi kuli pada tanah bekas milik nenek moyang kita
kita sudah menjadi hamba pada pengembara
kalian bukan tidak cerdik untuk tidak menyedari
cuma kalian lebih suka menjadi tuli..
ah..picisan ini tak mungkin akan bisa menginjak paradigma siapa pun.. maka jadilah aku sama seperti mereka yang berasa..
bicara tanpa nama
memekik tanpa kuasa..
namun biarlah..walau hanya ada semangat untuk ditawarkan
pasti tidak akan sia-sia..
biar tidak ada yang akan mendengar
asalkan jiwa ini tidak terus bisu dan mati membiarkan pada sesuatu yang pastinya racun yang terus menular..
Air mata sudah bertukar menjadi darah
luka sudah menjadi nanah
hempedu menjadi batu masih apa lagi yang kau mahu
berbelas tahun
menuruti
menghormati
memahami
hingga lupa akan diri sendiri
perkiraan
perancangan
pengubahsuaian
penghambaan
hingga menjerit tanpa suara lagi
anak mu itu adalah bapa kepada anak-anak ini
hakikat terikat tidak akan berubah
tapi semua itu tidak pernah cukup
atau rasional dalam akal sedar mu
dalam pasir di tanam matinya tidak
hidupnya tak berpijak
bila senggang hanya bisa bermenung
memandang kosong
tanpa cita
tanpa rasa
hanya pada mu Tuhan
segala rahsia
menunggu waktu untuk terbuka..
dan pada waktu itu aku pasti masih bisa tersenyum menerima
Tidak ada siapa yang akan memahami mu
andai tidak ada yang kau benarkan menembusi
dan kerana kau tidak mengizinkan mereka menerokai
atas kuasa apa yang mereka ada
untuk membaca kekusutan
atau segala yang bekocak
membiar sengsara dan kesesatan mula berantakan
dek petualang anggapan sendiri
maka bertaburan..berterbangan kewarasan seorang pengamal fakta
Siapa kita untuk memecahkan semua misteri hidup ini
yang selumbarnya masih tertanam di hati
jangan sampai tak bermaya
cepat cacak teguh azam yang pernah diperkata
yang buntu kita biar di situ
kerana Tuhan lebih tahu
yang jelas kita perlekaskan perlaksanaannya..
jangan seperti menunggu bongkah di gunung menjadi kerikil tanpa disentuh
berdiam itu hanya untuk pengisian yang baik
bukan untuk menambah kekosongan ruang tuli
Sunday, 21 August 2011
PERCUBAAN TERAKHIR YANG GAGAL
(..dari pandangan seorang teman..)
Dalam diam..
cuba mengingati permulaan kisah
kenapa terlalu kabur.. kalau tiada kepentingan
mengapa hati terlalu berat
terlalu bodohkah terlalu lama setia
atau waraskah bila tidak lagi percaya..
akur ini bukan permainan
ada orang sanggup mati kerananya
ada orang sanggup bertahan kerana tiada keberanian
ada orang sanggup genggam kerana percaya itu takdir mereka
ada orang sanggup berdiam demi arus yg mengalir perlahan takut menjadi ombak
tapi maaf..mungkin wujud untuk mereka..tapi di sini itu dongeng..
memang air mata menjadi tiada harga
tapi setiap titik menjadikan hati lebih keras
tidak mahu berputih mata kerana takut
biar kali ini diredah..dicabar..
setiap tarikan nafas bukan untuk disia-siakan
dan tidak akan lagi peduli kata-kata nista hanya kerana sudah terlalu radikal
sampai waktu dunia kan melihat
semua lukisan kan hidup menjadi nyata
bukan tujuan camar ingin terbang bebas
tapi cukuplah sekadar terbang di luar sangkar..
Tuhan itu sentiasa ada pada siapa yang sentiasa percaya
dan atas dasar kepercayaan itu
tinggi rendahnya langit..bukan di tangan sesiapa
dan jika di sana masih bejaya juga memberhentikan langkah di sini
maka milikilah jasad tanpa jiwa..
tapi di sini akan tetap tersenyum..
melihat manusia sanggup hanya menggenggam angin demi ego yang entah untuk apa..
Saturday, 11 June 2011
Amwtwwmtd
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone