Tuesday 9 October 2012

BERKEDUT SERIBU BUKAN TANPA MAKNA




Bangun!
tidak ada yang tidak boleh direalisasikan

kepayahan
kekecewaan
kegagalan
kelukaan
kesedihan
semua itu bisa diubati mengikut rentak dan kemahuan mu

perubahan itu sebenarnya bermula dengan diri kita
apa yang mustahil?
sukar mungkin benar
tetapi ia hanya memerlukan sedikit kekuatan untuk melepasi garis keselesaan

tetapi jika kau memilih untuk terus berdiri di situ
jangan sesekali kau buka mulut mu selain dari bicara redha
jika tidak..segala rungutan dan keluhan
hanyalah hampas
kosong..

hmmmm
tidak apa..
kejam sungguh bunyi ku tadi..
mari duduk di sebelah ku..
luahkan segala keluh kesah
akan ku serap segala penderitaan
akan ku kongsi bersama..

kerana aku..
nenek mu..
seribu kedut di muka..
begitu banyak lah juga cerita hidup..
kita semua begitu
yang berbeza cuma apa yang akan kita lakukan
apabila sesuatu terlintas atau menyinggah..




Monday 8 October 2012

TIDUR



kalian mahu lihat apa sebenarnya
kejadian apa yang kalian tunggu untuk terjadi

provokasi demi provokasi yang semakin menjadi-jadi
sedangkan peristiwa gadaian tak tertebus sudah makin perlahan
bukan kerana sudah ada kesedaran
tapi kerana kita sebenarnya sudah tidak ada apa di tangan

apa yang kalian laungkan..
hanya jeritan kosong yang ditertawakan

perjuangan untuk membunuh siapa?
untuk siapa?
kalian gali kubur sendiri..

musuh sebenar kalian tunduk
musuh sebenar kalian takut
musuh sebenar kalian beri jalan mudah
musuh sebenar kalian tak berani tengking

kita dah jadi pengemis secara halus
masih kalian akur..