Saturday 16 November 2013

TENANG-TENANG


Bertenang..
bernafas dalam-dalam..

berselawat bersama setiap degup
berzikir dalam setiap denyut nadi
ingat akhirat tujuan..
usaha selagi ada di dunia juga..
dan Tawakkaltu Ala-Allah
memanggil semangat yang hilang..

pegang cita dunia 
dan hidup sesudahnya ..
mulakan dan lakukan segala
..kerana Lillahitaallah..

Bersyukur dengan peristiwa-peristiwa
semalam..
hari ini..
juga esok.. Insya Allah..

Tenang-tenang...
pasang kelajuan yang diperlukan
mengikut keperluannya
mengikut panduan-Nya
mengikut jalan yang diredhai-Nya
lihat dunia ini..
kaguminya.. 
Masyaallah,Tabarakallah..

Janji-Nya itu pasti..
itu yang terbaik..
terima.. 
ucapkan Alhamdulillah..
kerana akal terbatas..
yang penting.. adalah cara penerimaan
ingat cinta-Nya..Subhanallah..

Tenang-tenang sahaja..

Lailahaillah...

"I AM LEAVING"



Dan bila ku sangka tidak sesukar ini
dan bila ku sangka hati tidak kan berdarah
dan bila ku sangka tidak lagi kan mengalir air mata
dan bila ku sangka aku kan makin tabah..redha..
dan bila ku sangka aku tidak kan merasa apa-apa...

dihadapan mu..
menggigil menahan tangis
menggigil untuk tersenyum padamu
menggigil mengatakan semuanya okay..
bertambah menggigil pabila harus sentiasa memberi semangat padamu

dalaman ku remuk

hancur..
menjerit..
parah..

aku tak mampu berdiri
melutut tertunduk

dan setelah ku bertahan...
ku ditinggalkan

Tuhan...
maafkan aku..
ku masih menadah tangan bersama sendu
sedari dulu..
memohon...kuatkan aku.. Ya Rahman Ya Rahim...



Sunday 10 November 2013

TIDAK MAHU LAGI



Bagaimana harus lagi untuk ku pujuk hati ini
bagaimana harus lagi ku usahakan untuk kau mengerti
bagaimana harus ku pertahankan lagi tangisan-tangisan yang ku selindungi
aku semakin lemah
aku semakin resah
dan aku sudah terlalu hampir mengaku kalah..

semakin ku sakit..semakin kau puja pelangi mu
maka mengapa harus lagi kau menghampiri
tahu kah kau aku sudah tiada daya untuk mendengar
malah tidak ada daya untuk berfikir lagi
bernafas seperti terpaksa
berjalan seperti mati
dan kau masih sedikitpun tidak mahu peka

ya aku antara pelakon opera yang menutup wajah dan reaksi sebenar
tersenyum..
tersenyum..
dan aku terus tersenyum..

namun sekuat mana ku tersenyum
aku tahu kau tidak perasan lagi
samada aku tersenyum atau tidak..
tiada kesan pada mu
kerana emosi ku..
bukan lagi urusan mu..

aku pergi..
dan aku pasti..
kau tidak akan perasan ketiadaan ku lagi ..