Monday 9 July 2012

BERANI MENJADI BERBEZA
















Jangan kalian cari kami
kami sudah tidak ada di situ

Jangan kalian renung kami di alam maya ini
kami sudah tidak akan menghampiri lagi

Jangan kalian walau sedikit terlintas di fikiran
kami sudah jemu hidup bagai tak bertamadun


mungkin kasar ayat kami..tapi sebenarnya
sekadar kata dari kami
tiada cili.. tiada juga ada ubi ada batas


mengapa masih terdengar nama kami disebut..sedangkan bertahun sudah kami meninggalkan kalian..

ya...
kami yang meninggalkan dan bukan kami ditinggalkan

adakah sukar kerana mungkin sebelum kami..
tidak ada yang pernah berani derhaka pada aturan?

sudah-sudahlah
terimalah hakikat
yang kami semua sudah lama ke depan
dan sedang belajar menjadi 'insan'
dan sedang belajar bahawa dunia ini luas

sudah-sudahlah
dari terlalu lama berkhayal
kerana
kita ini kerjanya mengejar menambah umur

semakin kalian cuba melawan hakikat yang kalian sudah tidak berbisa
semakin haru-biru gerakan wayang kulit kalian

kami berterima kasih kerana pernah sudi menerima kami
tetapi
kami lebih bersyukur sewaktu berjaya berlalu pergi..