Saturday 26 May 2012

AKU BUKAN SIAPA















aku tahu kau ingin tahu siapa aku yang sebenarnya
atau
kau sudah tahu cuma ingin lebih tahu
atau
kau hanya bisa mengagak...cuma inginkan kepastian
tapi sebenarnya untuk apa..

aku seperti mereka hanya manusia biasa
yang tak punya apa..yang singgah di beberapa perhentian
menghulur salam..menyambut perkenalan..menyambung talian...menguatkan ukhuah
bukan untuk mencabar sesiapa
bukan untuk kepentingan peribadi
jauh sekali untuk menonjolkan diri

aku juga seperti dapat membaca fikiran mu..
kau ingin tahu apa status ku?

mudah..aku milik Tuhan..
dan aku juga tak memiliki siapa kerana semuanya pinjaman
bukan aku tidak mahu berterus-terang
tapi ceritanya terlalu panjang
pasti akan ada yang memesongkan..
oleh itu..
anggap saja yang kau fikirkan itu betul..walau kau mungkin hanya nampak warna hitam
aku akan masih tersenyum


kerana bagi ku
hidup dan mati ku
hanya untuk dan kerana Tuhan
malah jika kau lempar lumpur pada ku
jika kau tonyoh air lonkang ke wajah peribadi ku
ia tidak akan memberi atau meninggalkan kesan
kerana jauh sudah aku berjalan ke puncak gunung meraih kejayaan
malah tidak kurang juga  sering berhenti..merempat bagai gelandangan
aku sudah terlalu lelah untuk mengambil pusing pada cercaan atau pujian dunia

dan jika kau masih bertanya
harus saja aku perkenalkan diri
tapi bukan di sini..
nanti selepas aku mati
pasti kau ketahui juga siapa diri ini



DARI IBU BUAT ANAK-ANAK KU









berkeriut apabila ditarik pemegangnya
rupanya bisa juga habuk memasuki menutupi yang ku cari
ku bersihkan ia dengan tangan tua ku ini
ku dakap..ku kucup..ahhh..kalian..
kesayangan ku..
cinta dunia ku
buah hati ku

lantas ku buka..satu persatu helaiannya
senyuman dari bibir yang sudah tidak monggel mula terukir
ahhh comelnya kalian..iras ayah mu..iras diri ku
maka menarilah segala kenangan terindah
dari kalian diciptakan Tuhan di dalam rahim ku
sehingga saat kalian dewasa dan sering pulang ke rumah usang ini
dengan manja kalian bercerita seperti tiada noktah
tentang segala kelangsungan hidup

terhenti di lembaran terakhir album
dari ceria bertukar bangga
anak-anak ku semakin dewasa dan pada reaksi wajah mereka
ada warna-warna ceria
dan seribu kisah



tiba-tiba air mata ku bergenang
lalu mengalir membasahi pipi ku yang sudah kendur
berkerut dahi ku yang sudah seadanya berkedut lisu
kini di mana kamu semua anak-anak ku
tidak kah lagi ada rasa rindu pada masakan ibu..
tidak kah lagi perlu hangat pelukan dan ciuman ibu?
tidak kah lagi mahu pujukan dan dodoi ibu?

ibu rindu Nak..
ibu sepi..
ibu kecil hati anak-anak sudah tidak perlukan ibu..
bukan kerana kalian sibuk..
tetapi mungkin ibu tak punya kepentingan lagi..

namun ibu tau..
segala rasa pilu ini..hanya akan dibawa angin yang tidak akan sampai kepada kalian..
segala rasa ini hanya seperti gambar-gambar di album..
terpinggir di dalam almari..

..mungkin nanti kalian akan ingat segalanya..bila ibu tiada lagi..