Tuesday 9 October 2012

BERKEDUT SERIBU BUKAN TANPA MAKNA




Bangun!
tidak ada yang tidak boleh direalisasikan

kepayahan
kekecewaan
kegagalan
kelukaan
kesedihan
semua itu bisa diubati mengikut rentak dan kemahuan mu

perubahan itu sebenarnya bermula dengan diri kita
apa yang mustahil?
sukar mungkin benar
tetapi ia hanya memerlukan sedikit kekuatan untuk melepasi garis keselesaan

tetapi jika kau memilih untuk terus berdiri di situ
jangan sesekali kau buka mulut mu selain dari bicara redha
jika tidak..segala rungutan dan keluhan
hanyalah hampas
kosong..

hmmmm
tidak apa..
kejam sungguh bunyi ku tadi..
mari duduk di sebelah ku..
luahkan segala keluh kesah
akan ku serap segala penderitaan
akan ku kongsi bersama..

kerana aku..
nenek mu..
seribu kedut di muka..
begitu banyak lah juga cerita hidup..
kita semua begitu
yang berbeza cuma apa yang akan kita lakukan
apabila sesuatu terlintas atau menyinggah..