Sunday 1 July 2012

TIADA YANG AKAN BERUBAH



Di sini..
tajuknya bukan keegoan..
bukan juga untuk memberitahu satu dunia tentang hikayat seribu satu malam
jauh sekali memperlihatkan semua kudis diri sendiri

Di sini
bukan medan peperangan
kita bukan musuh..kita semua pencinta yang setia
bukan juga gelanggang empat penjuru
untuk melihat siapa yang tumpas..siapa yang mencium bumi

Di sini ..
bukan pentas perbahasan bagi mempertahankan dan mengemukakan hujah
bukan kelab persuratan bagi melepaskan semua amarah dan kutukan
kerana kasih dan sayang kita waktu lalu bukan satu lakonan

Di sini..
kali ini..
ku ramas debu jenazah hati ku
biar di sini..
bersemadi selamanya mewangi..
tidak akan ku benarkan walau sepalit kebencian..
semakin pasti..ini yang terakhir kali..
aku bahagia di sini..walau hanya bersama angan dan mimpi..