Saturday 16 November 2013

TENANG-TENANG


Bertenang..
bernafas dalam-dalam..

berselawat bersama setiap degup
berzikir dalam setiap denyut nadi
ingat akhirat tujuan..
usaha selagi ada di dunia juga..
dan Tawakkaltu Ala-Allah
memanggil semangat yang hilang..

pegang cita dunia 
dan hidup sesudahnya ..
mulakan dan lakukan segala
..kerana Lillahitaallah..

Bersyukur dengan peristiwa-peristiwa
semalam..
hari ini..
juga esok.. Insya Allah..

Tenang-tenang...
pasang kelajuan yang diperlukan
mengikut keperluannya
mengikut panduan-Nya
mengikut jalan yang diredhai-Nya
lihat dunia ini..
kaguminya.. 
Masyaallah,Tabarakallah..

Janji-Nya itu pasti..
itu yang terbaik..
terima.. 
ucapkan Alhamdulillah..
kerana akal terbatas..
yang penting.. adalah cara penerimaan
ingat cinta-Nya..Subhanallah..

Tenang-tenang sahaja..

Lailahaillah...

"I AM LEAVING"



Dan bila ku sangka tidak sesukar ini
dan bila ku sangka hati tidak kan berdarah
dan bila ku sangka tidak lagi kan mengalir air mata
dan bila ku sangka aku kan makin tabah..redha..
dan bila ku sangka aku tidak kan merasa apa-apa...

dihadapan mu..
menggigil menahan tangis
menggigil untuk tersenyum padamu
menggigil mengatakan semuanya okay..
bertambah menggigil pabila harus sentiasa memberi semangat padamu

dalaman ku remuk

hancur..
menjerit..
parah..

aku tak mampu berdiri
melutut tertunduk

dan setelah ku bertahan...
ku ditinggalkan

Tuhan...
maafkan aku..
ku masih menadah tangan bersama sendu
sedari dulu..
memohon...kuatkan aku.. Ya Rahman Ya Rahim...



Sunday 10 November 2013

TIDAK MAHU LAGI



Bagaimana harus lagi untuk ku pujuk hati ini
bagaimana harus lagi ku usahakan untuk kau mengerti
bagaimana harus ku pertahankan lagi tangisan-tangisan yang ku selindungi
aku semakin lemah
aku semakin resah
dan aku sudah terlalu hampir mengaku kalah..

semakin ku sakit..semakin kau puja pelangi mu
maka mengapa harus lagi kau menghampiri
tahu kah kau aku sudah tiada daya untuk mendengar
malah tidak ada daya untuk berfikir lagi
bernafas seperti terpaksa
berjalan seperti mati
dan kau masih sedikitpun tidak mahu peka

ya aku antara pelakon opera yang menutup wajah dan reaksi sebenar
tersenyum..
tersenyum..
dan aku terus tersenyum..

namun sekuat mana ku tersenyum
aku tahu kau tidak perasan lagi
samada aku tersenyum atau tidak..
tiada kesan pada mu
kerana emosi ku..
bukan lagi urusan mu..

aku pergi..
dan aku pasti..
kau tidak akan perasan ketiadaan ku lagi ..




Tuesday 29 October 2013

BUKAN NOKTAH.



Jeritan demi jeritan..
yang melangkaui tujuh lautan..
yang menghancurkan kewarasan..
berkecai tiang seri jati diri..
namun kaki masih terikat pada bara
Namun ini bukan akhirnya..
ia permulaan yang berkali-kali..
selagi peristiwanya bukan mati!
Cengkaman taring biar tak terlepas..
Aku cabar kalau ia bisa mengeringkan darah dalam tubuh ini..
Selagi tidak..
Maka kau juga harus terus bermimpi!

Wednesday 23 October 2013

JIWA


 ku kutip daun-daun kering yang tidak pernah dihirau selama ini
ku kumpul dan ku susun di atas papan yang telah reput
penuh hati-hati..
penuh teliti..

ku warnakan dengan warna-warna berkaitan rindu dan kasih
biru.. merah.. dan ku terhenti setakat itu
bertanya pada diri..
apakah lagi warna yang mereka sering kaitkan dengan cinta

dan aku mula letih untuk mecari jawapan
maka ku ramas daun-daun kering hingga hancur
biar selamanya tidak bermakna
tinggallah papan reput tanpa kesudahan
ku pijak biar tidak ku kutip lagi..

belum selangkah
ku kutip pula paku-paku karat yang bertaburan
ingin ku susun menjadi arca berbentuk sarang labah-labah
dan arca gelas kaca yang besar sumbingnya

biar seperti tugu
biar berdarah..
kerana itu sajalah yang mampu ku fahami seninya




Saturday 28 September 2013

YANG TERINDAH ITU SUBJEKTIF



Sang mimpi yang indah..
selamat kembali ke persada coretan yang segalanya bisa sahaja
mari kita menyambung cerita yang kelmarin terhenti seketika
 
ini bukan kisah cinta
ini bukan kisah sedih
ini bukan kisah lara
ini bukan kisah kecewa
ini bukan kisah gundah
ini kisah betapa kasih yang membawa lebih mendekati Tuhan

klishe kah ayat-ayat itu

berdiri di luar pintu
cukup mengkagumkan diri ku
kaki terpaku tidak mahu berinjak dari situ
syahdunya mendengar takbir dari bibir mu
dan aku makin pasti..
yang aku mahu itu..

tanpa mata ...makin terpaut
tanpa wajah... semakin tersentuh
patuh mu pada Tuhan
membuat hati ku melonjak ria
mungkin satu hari nanti
kita bisa berdikusi tentang dahaga pada IlmuNya


Alhamdulillah...
sekurang-kurangnya jalan ke arah itu sudah ada..







Wednesday 18 September 2013

IRAMA



 Duhai malam yang semakin sepi
izinkan jari ku untuk merentakkan sebuah emosi
bukan cerita yang luar biasa
namun irama hati yang penuh dengan jiwa..

di dalam waktu yang semakin singkat ke penghujungnya
di dalam sifat yang sudah kurang percaya
di dalam kehidupan yang sudah tidak mengharap apa-apa
di dalam bicara yang sudah kurang kata-kata
kesandung..
maka memperlahankan langkah
haruskah aku mengulanginya semula..


ya sinar..
tentang kau yang baru ku temui
adakah kau sinar kejora biru yang membakar kasih
atau sinar dari suria yang bisa menghangatkan cinta
atau sebenarnya kau api yang akan membakar diri ku lagi...

segala dalam lukisan alam fantasi ada pada mu
cita-cita di dunia
impian di akhirat
dan membaca tulisan mu
terima kasih sinar..
seperti pernah yang aku mahu dalam realiti

namun..
aku sedang membuang duri-duri dijemari
tapi..
mana tahu..
satu hari nanti..
bila tidak berdarah lagi..
mungkin bisa menyambut dengan tangan terbuka..
ya...harus percaya..


Saturday 14 September 2013

BONDA



Duhai bonda ku sayang..
menitis airmata ku ini tika  menulis bait-bait puisi khas buat bonda
terbayang wajah mu yang dimakan usia
berjalan perlahan namun masih menemankan ku
hingga saat ini..
ya.. hingga saat ini..

Bukan ingin menyusahkan bonda
namun diri mu saja yang bisa ku percaya
melindungi ku dengan doa-doa mu
yang tak pernah henti kepada Allah
memohon sedikit bahagia buat anakanda

Acap kali ku terlihat sesuatu di mata mu
seperti berkata.. "duhai anakanda.. bonda tahu.."
sekuat mana ku tunjuk
setabah mana ku berdiri
masih di setiap doa mu..
"Ya Tuhan..permudahkan anakanda ku.."

Kalau saja ingin ku tulis betapa sayang
diri ku pada bonda
betapa bersyukurnya aku memiliki bonda
betapa aku tidak mampu tersenyum tanpa bonda
betapa kekuatan ini semua hasil doa bonda
kata-kata yang lebih baik dari semua ini bonda

pasti infiniti..

Bonda..
terima kasih atas kasih suci
terima kasih kerana berada di sisi
penghargaan atas kehadiran bonda ini tidak akan
cukup terlafaz walau bersama berjuta ayat

Cuma ketahuilah..
anakanda sentiasa sayangkan bonda..
ikatan kasih ini tidak akan terputus
dan dibawa ke akhirat..

~ Lydia Kamaruddin
(buat Bonda Hjh Darwishah Hj Mat Aris)


Thursday 12 September 2013

MAAFKAN DIRIKU



Kita terlalu lama melayan perasaan
mempercayai semua cinta itu benar..

kita terlalu lama dibohongi diri sendiri
mengakui semua cinta itu sejati..

Kita sudah terlalu yakin pada kasih
memegang setia pada cinta yang tidak kemana

tetapi tidak mengapa asal kita tidak seperti mereka
yang memberi harapan kemudian meninggalkan 

tidak perlu terlalu emosi melalui semua ini
teruskan sahaja kehidupan dan biarkan mereka bahagia bersama bintang

kadang-kadang dalam leka melayani lakonan
kita lupa kita melukan hati-hati yang benar-benar peduli

maka sebenarnya kita juga perlu memohon maaf
melukai insan-insan yang tidak pernah merungut ketika kita sibuk melayan mimpi

maka marilah kita perbaiki diri lagi
menginsafi pada apa yang telah terjadi
jangan bersedih hati
jangan terluka lagi
hanya perlu lebih berhati-hati..
mulakan hidup sekali lagi
yakini kasih sayang Illahi..

~ Lydia Kamaruddin



Monday 12 August 2013

SEKALIPUN SALAH KU..




Duhai nama yang antara terpahat
belum padam rupanya api dendam mu
bulan yang mulia tidak dapat memadam ketidak puasan hati
malah makin kuat teriakan mu
sehingga seluruh alam bisa mendengarnya

kau pikat burung dan unggas indah yang tulus tidak mengetahui jalan cerita
kau beri dedak yang membangkitkan semangat kebencian
pada alam dan flora yang asalnya damai

bukan aku tidak peduli lagi..
namun biarlah..
kemaraan bahang itu sudah tidak terasa
tidak menyakitkan walau debu bara menyinggah di kulit kendur ku

aku punya urusan yang lebih penting untuk dikejar di hujung usia
terlalu banyak hutang ku dengan Maha Pencipta

tutup sahaja bicara kita tentang hati dan jiwa
hidup ini begitu pantas tidak menanti kita
akhirat juga bukan mudah untuk didalami sewaktu dunia mengoda

aku bukan hebat
aku bukan ego
aku buat tidak silap
aku masih belajar
tapi...

aku kesuntukan masa untuk perkara yang berulang dibicarakan
andai saja noktah dari Tuhan bisa ku lihat..
mungkin aku sempat..











Sunday 7 July 2013

BERUBATLAH WAHAI HATI

Akan ada waktu dalam hidup ini..
Pengunduran kita bukan kerana gagal atau jadi mangsa pengaiban yang keterlaluan..
Atau negatif pada ujian dan dugaanNya..
Tapi ia adalah hasil positif ..ikhtibar pada sesuatu kejadian dan melangkah ke jalan yang lebih segar..
Juga tindak balas dari proses pencernaan kematangan..
Dan kegembiraan atas janji Allah yang hanya akan memberi yang terbaik bagiNya..

Rasa ini datang bersama Sya'aban dan  Ramadhan
Alhamdulillah... bersama kasihNya.. bersama cintaNya..
Diri ini diberi peluang sekali lagi..
Bermohon tidak dibolak balikkan
Bermohon tidak mengulang
Bermohon tabah dan dedikasi melaksanakan
Bermohon kekal selamanya rasa ini...

Ku memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat dan teman
Atas kekilafan ku
Atas kata ku yang tak berilmu dan
Atas fikiran ku yang dangkal
Atas kesilapan yang ku ulangi
Atas segala yang menyakiti
Aku mempelajari
Seperti tidak jemunya aku untuk mengingati Rabb-Nya
Pada musibah atas zalimku sendiri..

Duhai kasih ku Ramadhan..
Kali ini maafkan aku pada tahun-tahun yang  lepas
yang tak pernah sempurna
Kerana aku harus memikirkan hikmah Rabbani
Mungkin tak akan pernah hampir baik..
Namun  aku ingin mencuba lagi..

Memohon Dia berkenan menyempurnakan afiat
yang kekal.. afiat di dalam agama.. dunia.. dan akhirat..






Thursday 27 June 2013





Samada kita ini ahli falsafah

Atau kita ini ahli ilmuan

Atau kita ini ahli pemikir

Atau mungkin juga kita ini tokoh pengkaji

Mahulah kita diteguri juga diajari dan mencari

Kerana apa yang kita ketahui dan amali tidak sampai sebesar zarah ilmu yang wujud..

Kita semua sedang berada di atas jalan mencari jalan..




Friday 4 January 2013

Bila sampai waktu yang dirasakan wajar
usahlah lagi kita membicarakan terus-terusan hal kekecewaan
setiap manusia ada rahsia cerita yang tak kesampaian
namun yang harus kita perdebatkan antara akal dan hati
adalah kesinambungan dari kegagalan itu sendiri
kerana Tuhan Mengajar kita melalui jalan halus yang indah..

~Lydia Darwishah~