Thursday 26 July 2012

SAKTI



Benar seperti yang pernah ditelek
dia kini ingin memiliki keris itu
baru satu ayat dia utarakan
aku terus membeliakkan mata ku
maka dia terus memekik bahawa aku tidak boleh dibawa berbincang
sesungguhnya aku tidak mahu bebincang
dan aku tidak mahu membincangkan pasal keris itu

aku punya Tuhan
aku punya agama
aku tak perlu pelindung seperti itu
walau apa juga alasan
aku tidak akan terima!!!

dan kalian di luar sana jika marah dengan ayat ku..silakan kita bertemu
kalian punya hak untuk melakukan apa saja mengikut kepercayaan kalian
tapi ini pegangan ku
keris itu tidak akan ku beri ruang untuk berada di sini
jika ia masuk..
aku akan keluar!

dunia semakin moden tapi manusia semakin gila!
aku tak mahu dengar itu usaha
aku tak mahu dengar kegilaan kalian
walau memang alam ghaib itu wujud
walau memang sihir itu wujud
tolong jangan hampiri aku
ajaran apa ini?
Hang Tuah..Hang Jebat telah lama mati..

tolong pergi jauh
sekali lagi aku katakan
keris datang..
aku pergi!