Sunday 20 May 2012

Cukup sudah




Telah aku putuskan
perjalanan bersama setakat itu
maka..
tali layang-layang ini ku putuskan
kerana aku sudah lelah menurut haluan mu
kekadang deras mengasyikkan
tetapi angin mati lebih kerap ku hadapi
dan terpaksa aku menanti dan berusaha semula
...persoalannya... sampai bila aku harus bemain tali

biarkan kali ini aku keseorangan
meneruskan hidup tanpa bicara
kerana..
aku lebih senang bermain dengan pasir laut ini sendiri
ia jujur membisikkan pada ku
bahawa apa pun yg ku karang dan ku bina di atas dadanya
ia kan terpadam,,musnah, roboh dan tidak berkesan..
maka aku tidak perlu mengagak jauh sekali untuk berharap
dan sekurang-kurangnya aku ditemani muzik desir pantai dan deruan ombak
camar putih yang simbolik tentang cinta
dan senjanya warna jingga
sudi menemani selagi aku di persisirannya

benar ku akui banyak peristiwa yang tak mampu ku padam
sesekali ia singgah di fikiran..aku jadi resah
bagai ombak yang mengganas
bagai layang-layang yang putus tali
tika itu aku hanya mampu berharap..
..segala perasaan itu akan terperosok jauh..sangat jauh di dasar hati

kerana semua rasa itu tidak bermakna lagi
ia hanya sisa kenangan dari ketidakpuasan diri
aku tak mahu memulakan lagi
cukup sudah kesempatan yang pernah ku beri

kau bukan musuh
tapi kau tetap ku letak sebagai orang asing
yang tak punya hak untuk menghampiri lagi

SEMALAM DAN HARI INI



aku rindu hari yang lalu
penuh jiwa..
bukan tiada duka
cuma keringkasan segalanya
menyeka air mata


aku rindu kau yang dulu
menerima aku seadanya
tersenyum bila ku ketawa
menggenggam jari ku bila ku kecewa


kemanjaan bertahta
kasih sayang bermaharaja lela
kita tulis setiap rangkap bicara
kita lukis setiap peristiwa


tapi kini..
watak bertukar..
skrip berubah..
pentas untuk bergurindam dibakar
kita berpandangan di atas lapangan sasar
ku biar rambut jatuh menutupi wajah yang tak berdarah
agar tidak nampak riaksi muka..


bezanya kali ini .....
hati tak bisa berkata apa..



MASIH DALAM GARIS


jerit! jerit! jerit!
pastikan hingga sakit fikiran mu
sampai jiwa berkecamuk
kewarasan di hujung simpang
bicara mula tak bertamadun..
saraf tegang
mata berpinar
mula lah sukarnya bernafas..
darah panas menyembur ke langit

sudah!!!!!...
jangan dilayan
mari bersimpuh di hujung anjung mengadap Singapura yang dulunya pernah menjadi milik kita
tutup rapat mata mu
rasakan angin Kinabalu
baukan padi Bario
basahkan ubun dengan embun Banjaran Titiwangsa
ubati dengan kemasinan Laut Cina Selatan
dan lulurkan kulit mu dengan lumpur Selat Melaka

untuk apa hai diri
mengharap mereka mencipta istana di negara baru mu
mereka telah bersumpah pada permaisuri mereka
dan juga kepada putera dan puteri mereka
dan jika sekalipun kau gering
tidak ada tembok yang mahu mereka robohkan
untuk sampai kepada mu membawa hati rusa putih

maka diri yang ku sayangi
di jalan yang berliku ini
kita teruskan doa-doa suci mu
setia pada janji walau sudah dihiris pilu
azam harus diteruskan
permohonan  harus dipanjangkan
jangan sekali-kali keluar dari simpang
ingat janji pada Tuhan..
pegang janji pada Arjuna