Sunday 10 November 2013

TIDAK MAHU LAGI



Bagaimana harus lagi untuk ku pujuk hati ini
bagaimana harus lagi ku usahakan untuk kau mengerti
bagaimana harus ku pertahankan lagi tangisan-tangisan yang ku selindungi
aku semakin lemah
aku semakin resah
dan aku sudah terlalu hampir mengaku kalah..

semakin ku sakit..semakin kau puja pelangi mu
maka mengapa harus lagi kau menghampiri
tahu kah kau aku sudah tiada daya untuk mendengar
malah tidak ada daya untuk berfikir lagi
bernafas seperti terpaksa
berjalan seperti mati
dan kau masih sedikitpun tidak mahu peka

ya aku antara pelakon opera yang menutup wajah dan reaksi sebenar
tersenyum..
tersenyum..
dan aku terus tersenyum..

namun sekuat mana ku tersenyum
aku tahu kau tidak perasan lagi
samada aku tersenyum atau tidak..
tiada kesan pada mu
kerana emosi ku..
bukan lagi urusan mu..

aku pergi..
dan aku pasti..
kau tidak akan perasan ketiadaan ku lagi ..