Saturday 28 July 2012

TUHAN BERI BUKAN SEDIKIT



Pernah aku sesali
betapa malangnya nasib

hidup begitu tak bermaya..

sehingga sering ku persoalkan tentang takdir dan sekeliling
bertanya pada Tuhan mengapa aku ...mengapa bukan mereka?

namun saat-saat seperti itu sudah lama ku tinggalkan

walau sebagai manusia ..pastikan tetap ada air mata
tapi bukan tangisan rintihan sakitnya hidup
atau sendu malangnya nasib
tapi tangisan kegembiraan tentang kesyukuran
betapa Tuhan beri kekuatan yang bukan sedikit
betapa Tuhan beri segalanya apabila yang kuberikan terlalu sedikit


begitu banyak kasih sayang
dibanding orang-orang tua 
yang hidup melata tidak diperlukan oleh anak-anak

dibanding isteri yang memerah tulang empat kerat 
mencari rezeki kerana kematian suami

dibanding anak yang kehilangan ibu-bapa dan berpisah dari adik beradik
atau anak-anak kecil miskin yang bertanggungjawab untuk hidup

begitu beruntungnya hidup
dibanding rakyat yang negaranya hancur dimusnahkan
dan bayi-bayi yang tidak pernah mengenal erti kemerdekaan mahupun bau bunga dari taman

begitu banyak rahmat
dibanding mereka yang kurang upaya

begitu banyak rezeki
dibanding seorang atuk tua yang seharian mengayuh beca
belum tentu lima ringgit sehari dapat digenggam untuk membeli ikan

ahh..terlalu banyak dilimpahi segalanya untuk ku tulis

maka teman

sebelum kita bermenung..
renunglah..




Thursday 26 July 2012

SAKTI



Benar seperti yang pernah ditelek
dia kini ingin memiliki keris itu
baru satu ayat dia utarakan
aku terus membeliakkan mata ku
maka dia terus memekik bahawa aku tidak boleh dibawa berbincang
sesungguhnya aku tidak mahu bebincang
dan aku tidak mahu membincangkan pasal keris itu

aku punya Tuhan
aku punya agama
aku tak perlu pelindung seperti itu
walau apa juga alasan
aku tidak akan terima!!!

dan kalian di luar sana jika marah dengan ayat ku..silakan kita bertemu
kalian punya hak untuk melakukan apa saja mengikut kepercayaan kalian
tapi ini pegangan ku
keris itu tidak akan ku beri ruang untuk berada di sini
jika ia masuk..
aku akan keluar!

dunia semakin moden tapi manusia semakin gila!
aku tak mahu dengar itu usaha
aku tak mahu dengar kegilaan kalian
walau memang alam ghaib itu wujud
walau memang sihir itu wujud
tolong jangan hampiri aku
ajaran apa ini?
Hang Tuah..Hang Jebat telah lama mati..

tolong pergi jauh
sekali lagi aku katakan
keris datang..
aku pergi!

Wednesday 18 July 2012

AGI IDUP AGI NGELABAN




Dari ruang khemah kecil ini..
aku lihat..
Memang cerita kita ini
banyak rintangannya..

setiap perjalanan punya persinggahan
yang dipanggil dugaan

peperangan dengan kemahuan..keperluan..dan keputusan
juga krisis dengan diri sendiri dan kemaknusiaan

kita kekadang menjadi mangsa konflik
menunjukkan betapa rapuhnya sebuah kehidupan..

apatah lagi apabila kita mudah lupa..
atau sebenarnya kita terpaksa
menggadaikan modal sosial insani..

namun teman..
jangan kerugian apabila hidup ini
kita jadikan seperti medan untuk bersusah hati

setelah lelah menangis..
bangunlah..
usah diingat perkara yang merugikan
kita usaha..kita tekad..kita Doa
hidup ini masih luas untuk kita teroka
malah "pinjaman" ini..
akhirnya akan semua kita pulangkan jua..










Saturday 14 July 2012

SUDAH TENANGKAH KAU



Aku ingin bertanya..
setelah kau padam nama ku di setiap pelusuk yang bisa kau lihat..
puaskah hati mu?
tenangkah jiwa mu?
gembirakah kamu?
hilangkah masalah mu?
menangkah kamu?
kini siapa pula mangsa seterusnya..dan siapa pula tempat kau mengadu
waktu kau rasa celaru?
atau ego mu semakin tinggi?

bertambah nama yang kau benci..

aku hairan..
kenapa aku?
hanya satu kesilapan yang sebenarnya tak layak dipanggil kesilapan atau kesalahan pun
kau herdik..
kau buang..
kau bunuh..

kenapa bukan pada mereka yang sememangnya musuh mu?
kenapa bukan pada mereka yang sememangnya memijak kepala mu?
kenapa aku yang harus menelan amarah mu?

cuba kau banding apa yang kau pernah ketawakan aku..
cuba kau banding betapa aku bersabar mendengar keluhan dan kerenah mu..
cuba kau banding siapa yang sanggup bersama mu dengan ikhlas walau
ia bermakna membunuh masa depan dan periuk nasi ku?

esok kita akan berjumpa lagi..
aku bisa bayangkan wajah dan sikap yang akan kau paparkan..
betapa angkuh..
namun aku telah bersedia untuk itu semua
kerana aku telah menempuh ombak yang lebih ganas dari ini
aku tak kenal erti dendam
aku tak menyimpan hati yang disakitkan
ketenangan lebih banyak dari waktu luar kawalan ku

dan aku tidak seperti mereka..
aku bukan pelakon opera yang perlu meninggikan suara
aku bukan insan yang gentar pada wajah dan sikap seekor singa..
hidup ku sudah biasa dengan api dan keganasan
kau boleh menakutkan dan memberi amaran pada orang lain..
tapi bukan pada ku..

kerana...ingin aku katakan..
yang pertama..aku masih punya Tuhan..
dan yang kedua..aku tak melayan epik carca marba..




Friday 13 July 2012

PERSAHABATAN DAN KASIH YANG GAGAL



Dalam usia begini
seharusnya hati tidak lagi menangis
tidak tagi tertanya-tanya
tidak lagi dimarahi

tidak lagi ditinggalkan termangu-mangu

setiap kehadiran .....waktu diperlukan
setiap kasih .....waktu sepi
setiap sayang .....bagi melengkapkan kekurangan
dilupai begitu sahaja..

namun langkah mu tidak akan dihalang
pergilah .....demi kepuasan hidup
pergilah .....jika itu yang terbaik
pergilah .....kembali pada keselesaan

dari jauh akan aku perhatikan ..masih jika kau hampir tersungkur lagi..
aku akan cepat-cepat berlari menarik tangan mu

bezanya kali ini mungkin aku akan meletak kain sutera antara dua tangan kita

aku tahu kau geli menyentuh tangan ku lagi..

sekali lagi wajah basah

namun doa tetap bersemi..setiap pagi..petang..malam..malah setiap waktu tidur dan jaga ku..

setiap manusia punyai falsafah tersendiri
namun bagi ku..tidak akan ada dari ku cinta yang palsu atau persahabatan setengah jalan..



Wednesday 11 July 2012

TEGUH


kali ini jangan sekali alpa
kali ini jangan mudah lupa
kali ini jangan banyak berkata-kata
kali ini jangan senang ketawa
kali ini jangan berhenti mara
kali ini jangan beri muka
kali ini jangan biar tergoda
kali ini jangan ada rasa putus asa
kali ini jangan dipijak mereka

hidup pasti ada waktu sedih
hidup pasti ada waktu gagal
hidup pasti ada waktu dicabar
hidup pasti ada waktu kehilangan diri
hidup pasti ada waktu bagai mati
hidup pasti ada waktu ketinggalan jauh di belakang
hidup pasti ada waktu sendiri
hidup pasti ada waktu kecewa
hidup pasti ada waktu diperkotak-katikkan

mari kita terus pegang janji pada Tuhan
mari kita terus pegang janji pada diri

kita semua kan punya maruah
kita semua kan punya pilihan
kita semua kan punya pegangan
kita semuakan punya jati diri

sekurang-kurangnya..

kita...ada satu sama lain..





Monday 9 July 2012

BERANI MENJADI BERBEZA
















Jangan kalian cari kami
kami sudah tidak ada di situ

Jangan kalian renung kami di alam maya ini
kami sudah tidak akan menghampiri lagi

Jangan kalian walau sedikit terlintas di fikiran
kami sudah jemu hidup bagai tak bertamadun


mungkin kasar ayat kami..tapi sebenarnya
sekadar kata dari kami
tiada cili.. tiada juga ada ubi ada batas


mengapa masih terdengar nama kami disebut..sedangkan bertahun sudah kami meninggalkan kalian..

ya...
kami yang meninggalkan dan bukan kami ditinggalkan

adakah sukar kerana mungkin sebelum kami..
tidak ada yang pernah berani derhaka pada aturan?

sudah-sudahlah
terimalah hakikat
yang kami semua sudah lama ke depan
dan sedang belajar menjadi 'insan'
dan sedang belajar bahawa dunia ini luas

sudah-sudahlah
dari terlalu lama berkhayal
kerana
kita ini kerjanya mengejar menambah umur

semakin kalian cuba melawan hakikat yang kalian sudah tidak berbisa
semakin haru-biru gerakan wayang kulit kalian

kami berterima kasih kerana pernah sudi menerima kami
tetapi
kami lebih bersyukur sewaktu berjaya berlalu pergi..

Sunday 8 July 2012

HILANG TAK DISEDARI



Baik tutup mulut
tutup mata
tutup telinga
jika tidak dibenarkan mencetuskan apa-apa

Baik duduk jauh-jauh
pinggirkan diri
supaya tak tahu apa yang terjadi
biar tersingkir dari hak sendiri

melangkah dengan teratur
takut dibuang..
mengikut nasihat
takut tidak diperlukan..
akur segalanya
takut dibubarkan..

duhai yang tinggi di awan..
kan diturut skrip yang diizinkan
lebih rela menelan segalanya
hingga sampai waktu diambil pergi
namun pasti dunia tidakkan sepi
sekadar kehilangan jiwa insan seperti ku ini..

Sunday 1 July 2012

TIADA YANG AKAN BERUBAH



Di sini..
tajuknya bukan keegoan..
bukan juga untuk memberitahu satu dunia tentang hikayat seribu satu malam
jauh sekali memperlihatkan semua kudis diri sendiri

Di sini
bukan medan peperangan
kita bukan musuh..kita semua pencinta yang setia
bukan juga gelanggang empat penjuru
untuk melihat siapa yang tumpas..siapa yang mencium bumi

Di sini ..
bukan pentas perbahasan bagi mempertahankan dan mengemukakan hujah
bukan kelab persuratan bagi melepaskan semua amarah dan kutukan
kerana kasih dan sayang kita waktu lalu bukan satu lakonan

Di sini..
kali ini..
ku ramas debu jenazah hati ku
biar di sini..
bersemadi selamanya mewangi..
tidak akan ku benarkan walau sepalit kebencian..
semakin pasti..ini yang terakhir kali..
aku bahagia di sini..walau hanya bersama angan dan mimpi..