Thursday 31 July 2014

KAU RASA?

Cinta itu milik siapa
Cinta itu sebenarnya apa
Cinta itu ada di mana

Mungkin aku kurang memburu
Mungkin juga tak mengerti cemburu

Mereka kata ia indah..
Tapi mengapa punya aku mengelirukan?
Aku tak mengerti..
Atau aku kurang tahu?

Saat ini ..
Aku tak tahu apa yang ku rasa..
Hidup kah?
Atau sebenarnya sudah berhenti darah?

Tulisan ku terhenti di puncak Bali
Muzik yang tak asing ku resapi..
Aku tunggu jika ada yang menjagakan dari mimpi yang tiada logikal ..

Wednesday 23 July 2014

LUKA

Kekadang aku terlupa
Atau tak pernah mahu belajar
Bukankah semua itu sandiwara mereka..
Mereka tidak akan menghargai hati ini..
Kerana mereka sudah ada hati untuk dicintai..

Sampai waktu mereka akan pergi jua..

Friday 18 July 2014

CINTA LUKA

Sakitnya sering begini
Bila ku tutup hati
Cinta mendatang
Bila ku buka hati
Cintaku hanya sebuah persinggahan..

Baru hati mula merah kembali
Baru mula ingin bersiul riang
Baru rindu mekar di seluruh alam
Baru melakar lukisan bahagia
Aku terkesima semula

Ya Tuhan Yang Maha Penyayang
Tidak kah aku pernah belajar
Bahawa aku memang tak pernah layak bermimpi?
Tidak kah pernah aku berikrar tidak akan melukai hati ku ssendiri lagi?

Sudah berapa kali pasrah?
Sudah berapa kali aku terlalu parah?
Mengapa aku masih mahu berharap untuk bahagia... degilnya aku...

Atau..
Mungkin hakikatnya aku insan biasa..

Rindu..
Cinta..
Kecewa..

KU MOHON KEKUATAN

Semoga hati redha
Semoga jiwa juga semakin tegar
Semoga diri tabah

Kerana aku yakin
Tuhan mahu aku kuat :'(

Wednesday 16 July 2014

SEKADAR MIMPI

Ada waktu
Tidak mahu tejaga dari mimpi
Kerana segalanya bisa bila bukan di alam realiti..

Yang mustahil
Yang tidak mungkin

bukankah namanya juga sekadar mimpi..

Kata mereka mimpi itu satu penipuan yang nyata
Tetapi.. pada yang tidak pernah merasa
Akan berkata..
Cukuplah sekadar jika bisa bermimpi
Sekurang-kurangnya pabila terjaga..
Ada juga senyuman bisa diukir..

Mimpi memang sesuatu yang tidak boleh di beri harapan

Namun mimpi..
jika disambut dengan usaha..
dan menjadi cita-cita..

Mana tahu..
Satu hari kita boleh berkata..
IA BUKAN LAGI MIMPI..
DAN IYA KINI MENJADI NYATA ♥

~ Idie Lydia

Sunday 13 July 2014

MEMAHAMI HATI

















Bukan mudah memahami hati sendiri
sewaras mana kita cuba berfikir
kekadang tergelincir
serasional mana kita cuba bertindak
kekadang masih berlawanan dengan perasaan dan keadaan

Cuma ada bagusnya penambahan usia
kita  lebih bertambah matang dalam sifat lingkungan kawalan
bagusnya juga kita akan rajin berfikir
kurang bercakap
dan
lebih mendengar ..
..


~ idie lydia