Thursday 20 September 2012

PUISI BAGI PIHAK TEMAN YANG SUDAH BISU



Sayang
sebenarnya bukan aku yang kau mahu
bukan aku yang kau cari
bukan aku yang kau kasih
mungkin aku melintas di depan mu sewaktu kau sedang bungkam
Alhamdulillah Tuhan meminjamkan kau sebentar untuk ku..

kasih
aku redha kau kini terjaga kembali
lantas kau mencari jalan asal atau mungkin jalan baru
hancur hati ku kasih...
namun takkan bisa ku pegang kerana cinta bukan satu paksaan
Masyaallah...aku seharusnya bersyukur Tuhan meminjamkan kau sebentar untuk ku

malam ini sepi lagi hati ku
seperti waktu-waktu lalu sebelum kehadiran mu
tidak akan ku salahkan diri mu walau sekelumit pun jua
walau demi mu ku korbankan dunia ku
ku lepaskan segala nyawa ku
kerana aku yang memang selalu imengharap pada mimpi
Subhanallah..aku bersyukur pemergianmu mengingatkan mungkin kurang zikir ku selama ini


biarlah segala tuduhan ditelan
biarlah segala kata nista dilemparkan
biarlah segala kata yang tidak benar ditujukan
biarlah segala fitnah ditekankan
ku terima segalanya
Insyaallah aku cuba pelajari



sukar jika diri tiada nilai
sukar jika hanya berasa dirinya yang berkorban
sukar jika penderitaan kurelakan deminya tidak dipandang
sukar jika segala kukorbankan untuknya masih dikatakan tiada apa
sukar jika aku rela kehilangan segalanya dikatakan bukan untuknya
ku terima segalanya kerana
Lailahaillallah...apa lah sangat yang ingin ku berkira
jika dibanding apa yang ku alpa pada Tuhan

jika bertemu tidak bisa
berbicara dikata kasar
cemburu dikata kurang ajar
merelakan kasih mu  bukan untuk ku lagi
ku terima segalanya
kerana ia mengingatkan ku betapa tak sempurna cinta ku pada Tuhan ku

aku pergi kini
sebenarnya aku untuk sementara

memijak diri ku sendiri yang sudah sedia hancur
seperti bangkai
kesengsaraan ku tiada erti
bagai tidak cukup apa yang ku hadapi
mulut ku terkunci kini
dan aku sekali pun tidak akan berbicara lagi
namun ku memohon maaf kerana berasa begitu
sepatutnya aku bersyukur kau dipinjamkan untuk ku mengerti dugaan itu ujianNya

maka terima kasih pada mu untuk pengisian yang singkat
kerana itu sedikit pun aku tak berdendam
malah semangat ku membara untuk bangun semula
dengan segala keinsafan
dengan segala kekuatan
aku tahu kau pinjaman sementara
memberi ku kekuatan mengutip segala serpihan azam
aku mengorak langkah lagi menuju kepada Yang Maha Kuasa
sambil mengulit usaha di dunia





No comments:

Post a Comment