Sunday 7 July 2013

BERUBATLAH WAHAI HATI

Akan ada waktu dalam hidup ini..
Pengunduran kita bukan kerana gagal atau jadi mangsa pengaiban yang keterlaluan..
Atau negatif pada ujian dan dugaanNya..
Tapi ia adalah hasil positif ..ikhtibar pada sesuatu kejadian dan melangkah ke jalan yang lebih segar..
Juga tindak balas dari proses pencernaan kematangan..
Dan kegembiraan atas janji Allah yang hanya akan memberi yang terbaik bagiNya..

Rasa ini datang bersama Sya'aban dan  Ramadhan
Alhamdulillah... bersama kasihNya.. bersama cintaNya..
Diri ini diberi peluang sekali lagi..
Bermohon tidak dibolak balikkan
Bermohon tidak mengulang
Bermohon tabah dan dedikasi melaksanakan
Bermohon kekal selamanya rasa ini...

Ku memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat dan teman
Atas kekilafan ku
Atas kata ku yang tak berilmu dan
Atas fikiran ku yang dangkal
Atas kesilapan yang ku ulangi
Atas segala yang menyakiti
Aku mempelajari
Seperti tidak jemunya aku untuk mengingati Rabb-Nya
Pada musibah atas zalimku sendiri..

Duhai kasih ku Ramadhan..
Kali ini maafkan aku pada tahun-tahun yang  lepas
yang tak pernah sempurna
Kerana aku harus memikirkan hikmah Rabbani
Mungkin tak akan pernah hampir baik..
Namun  aku ingin mencuba lagi..

Memohon Dia berkenan menyempurnakan afiat
yang kekal.. afiat di dalam agama.. dunia.. dan akhirat..






No comments:

Post a Comment