Friday 18 July 2014

CINTA LUKA

Sakitnya sering begini
Bila ku tutup hati
Cinta mendatang
Bila ku buka hati
Cintaku hanya sebuah persinggahan..

Baru hati mula merah kembali
Baru mula ingin bersiul riang
Baru rindu mekar di seluruh alam
Baru melakar lukisan bahagia
Aku terkesima semula

Ya Tuhan Yang Maha Penyayang
Tidak kah aku pernah belajar
Bahawa aku memang tak pernah layak bermimpi?
Tidak kah pernah aku berikrar tidak akan melukai hati ku ssendiri lagi?

Sudah berapa kali pasrah?
Sudah berapa kali aku terlalu parah?
Mengapa aku masih mahu berharap untuk bahagia... degilnya aku...

Atau..
Mungkin hakikatnya aku insan biasa..

Rindu..
Cinta..
Kecewa..

No comments:

Post a Comment