Sunday 20 May 2012

MASIH DALAM GARIS


jerit! jerit! jerit!
pastikan hingga sakit fikiran mu
sampai jiwa berkecamuk
kewarasan di hujung simpang
bicara mula tak bertamadun..
saraf tegang
mata berpinar
mula lah sukarnya bernafas..
darah panas menyembur ke langit

sudah!!!!!...
jangan dilayan
mari bersimpuh di hujung anjung mengadap Singapura yang dulunya pernah menjadi milik kita
tutup rapat mata mu
rasakan angin Kinabalu
baukan padi Bario
basahkan ubun dengan embun Banjaran Titiwangsa
ubati dengan kemasinan Laut Cina Selatan
dan lulurkan kulit mu dengan lumpur Selat Melaka

untuk apa hai diri
mengharap mereka mencipta istana di negara baru mu
mereka telah bersumpah pada permaisuri mereka
dan juga kepada putera dan puteri mereka
dan jika sekalipun kau gering
tidak ada tembok yang mahu mereka robohkan
untuk sampai kepada mu membawa hati rusa putih

maka diri yang ku sayangi
di jalan yang berliku ini
kita teruskan doa-doa suci mu
setia pada janji walau sudah dihiris pilu
azam harus diteruskan
permohonan  harus dipanjangkan
jangan sekali-kali keluar dari simpang
ingat janji pada Tuhan..
pegang janji pada Arjuna




No comments:

Post a Comment