Wednesday 8 August 2012

PEGANGAN




Baiklah berdiam diri sahaja
kalau dah cakap pun orang tak suka
mungkin kerana siapa aku nak menyapa mereka
aku kan hanya wanita biasa..
maka duduklah aku dengan kalangan bertimbang rasa
yang mengaggungi Tuhan yang Maha Esa
kerana aku lebih selesa

baiklah melangkah jauh-jauh
kalau kasih semakin rapuh
mungkin dia terlalu angkuh
atau aku yang sudah jenuh
biarla kini duduk bersimpuh
mencari ilmu dunia dan akhirat sehingga lenguh

hakikatnya hubungan kalau tak terikat
jika perginya tidak akan disekat
kerana ada hidup yang dirasakan lebih berkat
yang ditinggal mungkin hidup melarat
atau bernafas tersekat-sekat
tapi ada yang lebih kuat
cinta Tuhan yang Maha Hebat

diuji..dicaci..dimaki..
semua sudah tak memberi erti
bagai hidup hakikatnya mati
tapi tidak akan aku berhenti dari berlari
berusaha bagai hidup seribu tahun lagi
dan beramal seperti mati esok hari

kini jauh sudah ku tinggalkan
cerita pilu sedu sedan
makin bahagia mengejar impian
kerana menghargai segala perhatian
dan bersyukur menadah tangan
bahawa kasih Tuhan  takkan ku sia-sia kan
menjaga kasih kawan-kawan
menghormati kasih pasangan




No comments:

Post a Comment