Sunday 5 August 2012

SEGAR



Akan kekuatan ini datangnya dari Tuhan
yang ku mohon..
ku cari..
ku genggam..

Akan kesabaran ini datangnya dari Tuhan
agar segala yang ku lalui
penuh dengan ketenangan..

Akan keredhaan ini datangnya dari Tuhan
agar segala keikhlasan ku itu kesemuanya jujur..
tanpa ada rasa terkilan..

Akan ketabahan ini datangnya dari Tuhan
bisa menahan air mata dalam kedukaan kisah dunia
dan hanya mengalir untuk yang Maha Kuasa

Akan dugaan ini datangnya dari Tuhan
menguatkan keimanan dan kesyukuran
melalui segala dengan senyuman

Akan kata-kata ku ini hanya dari ku sendiri 
mencuba segala
selagi terdaya
kerana percaya
Tuhan itu sentiasa ada..



No comments:

Post a Comment