Kekadang aku terlupa
Atau tak pernah mahu belajar
Bukankah semua itu sandiwara mereka..
Mereka tidak akan menghargai hati ini..
Kerana mereka sudah ada hati untuk dicintai..
Sampai waktu mereka akan pergi jua..
TULISAN YANG JUJUR DAN MUDAH.. YANG KEBANYAKAN KITA MERASAINYA.. MEMENDAMNYA.. DAN AKHIRNYA MEMBIARKANNYA SAHAJA.. KERANA DI KEBANYAKAN WAKTU..IA AKAN BERLALU BERSAMA WAKTU..
Kekadang aku terlupa
Atau tak pernah mahu belajar
Bukankah semua itu sandiwara mereka..
Mereka tidak akan menghargai hati ini..
Kerana mereka sudah ada hati untuk dicintai..
Sampai waktu mereka akan pergi jua..
Sakitnya sering begini
Bila ku tutup hati
Cinta mendatang
Bila ku buka hati
Cintaku hanya sebuah persinggahan..
Baru hati mula merah kembali
Baru mula ingin bersiul riang
Baru rindu mekar di seluruh alam
Baru melakar lukisan bahagia
Aku terkesima semula
Ya Tuhan Yang Maha Penyayang
Tidak kah aku pernah belajar
Bahawa aku memang tak pernah layak bermimpi?
Tidak kah pernah aku berikrar tidak akan melukai hati ku ssendiri lagi?
Sudah berapa kali pasrah?
Sudah berapa kali aku terlalu parah?
Mengapa aku masih mahu berharap untuk bahagia... degilnya aku...
Atau..
Mungkin hakikatnya aku insan biasa..
Rindu..
Cinta..
Kecewa..
Semoga hati redha
Semoga jiwa juga semakin tegar
Semoga diri tabah
Kerana aku yakin
Tuhan mahu aku kuat :'(
Ada waktu
Tidak mahu tejaga dari mimpi
Kerana segalanya bisa bila bukan di alam realiti..
Yang mustahil
Yang tidak mungkin
bukankah namanya juga sekadar mimpi..
Kata mereka mimpi itu satu penipuan yang nyata
Tetapi.. pada yang tidak pernah merasa
Akan berkata..
Cukuplah sekadar jika bisa bermimpi
Sekurang-kurangnya pabila terjaga..
Ada juga senyuman bisa diukir..
Mimpi memang sesuatu yang tidak boleh di beri harapan
Namun mimpi..
jika disambut dengan usaha..
dan menjadi cita-cita..
Mana tahu..
Satu hari kita boleh berkata..
IA BUKAN LAGI MIMPI..
DAN IYA KINI MENJADI NYATA ♥
~ Idie Lydia
berjalan perlahan namun masih menemankan ku
maka sebenarnya kita juga perlu memohon maaf
biarlah segala tuduhan ditelan
walau hati sudah hampir mati